Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL) - 27 September 2021 - KERJA KOSONG 2021 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2021
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL) - 27 September 2021

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat berpusat di bandar Banting mukim Jugra.

Ditubuhkan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :
  • Majlis Tempatan Sungai Jarom.
  • Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
  • Lembaga Bandaran Kuala Langat.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Taraf Jawatan: Kontrak
Kekosongan : 1
Jadual Gaji : Gaji Minimum : RM2,080.00 – Gaji Maksimum : RM9,546.00


Syarat - Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.


Syarat - Syarat Kelayakan:

a) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

b) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43) dan

c) kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia//Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Bidang Keutamaan:

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan atau Ijazah Sarjana Muda Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mpkl.gov.my.

2. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/ Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon, salinan sijil kelahiran pemohon, salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon, salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/ Pengetua/ Guru Besar/ Penghulu/ Ketua Kampung.Nama jawatan hendaklah dicatat di penjuru kanan sampul surat.

4. Sijil dan diploma perlu disertakan bersama-sama surat pengiktirafan kelayakan perkhidmatan awam dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

5. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan hanya calon-calon yang layak melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

7. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar selewat-lewatnya jam 4.30 petang pada tarikh tutup permohonan ke :

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING


Tarikh permohonan pada : 27 September 2021 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat (MDKL) - 27 September 2021"

Post a Comment