Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kuala Selangor - 4 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:
  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram
Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29


Jadual Gaji Gred W29 :
Minimum – RM1,498.00
Maksimum – RM5,678.00
i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii. Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii. Bantuan Sara Hidup : RM 350.00
iv. Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat - Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau

(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau

(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undangundang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri (Nota: Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) (i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92.00)

(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; ATAU (Gaji permulaan ialah pada RM1,510.92)

(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya: ATAU (Gaji permulaan ialah pada RM1,776.08)

(iv) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada RM2,001.68)

(d) Had umur lantikan tidak lebih daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang on-line dengan melayari portal rasmi seperti di atas www.mpks.gov.my (admin ada sediakan link di bawah) 


a) Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :

i. Resume;
ii. Salinan akademik (PMR/ PT3/ SPM/ STPM/DIPLOMA/ IJAZAH/ TRANSKRIP);
iii. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
iv. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
v. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
vi. Salinan Sijil Tamat Persekolahan;
vii. Salinan Lesen Memandu (wajib)
viii. Gambar Berukuran Pasport.

[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal]

b) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini; DAN

c) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.


Perhatian:

) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga;

b) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;

i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau

ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui 03-32891439 (Bahagian Sumber Manusia)


Tarikh permohonan pada : 04 Oktober 2021 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

Post a Comment