Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 24 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber. Read more..
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(d) sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau

(e) diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau

(f) diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89).


Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati dari laman web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau datang sendiri ke Aras 2, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. (link muatturun ada disediakan di bawah)

ii. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

iii. Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta

iv. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, BadanBadan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini dan dihantar melalui majikan masing-masing.

v. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon.

vi. Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 September 2021 (Jumaat)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Melaka

Post a Comment