Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - 8 Oktober 2021 - KERJA KOSONG 2021 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2021
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - 8 Oktober 2021

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Latar Belakang

niversiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.

Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 1 Februari 2007. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.

UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perlis
Jawatan:

1. PENSYARAH UNIVERSITI DS45 - 2 Kekosongan

2. GURU BAHASA DG41 - 2 Kekosongan

3. PUSTAKAWAN S41 - 1 Kekosongan

4. PEGAWAI KEWANGAN W41 - 2 Kekosongan

5. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 2 Kekosongan

6. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 4 Kekosongan


Maklumat penting:

Permohonan perlu dikemukakan melalui sistem eRecruit UniMAP SAHAJA.

Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Sesi Temuduga.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap  Tidak Berjaya.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia ,
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis
04-9414087/4080/4090
Email : perjawatan@unimap.edu.my


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2021 (Jumaat)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perlis

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - 8 Oktober 2021"

Post a Comment