Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 30 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR / G29


KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
JADUAL GAJI : RM1,494.00 – RM5,674.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,494); atau

(ii) Diploma dalam bidang Kesihatan Haiwan dan Penternakan atau Sains Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM1,923.06); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab membantu aktiviti perubatan dan pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan tugas-tugas di jabatan dan Klinik Veterinar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari masa ke semasa.


Syarat Umum Permohonan:

(a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaa mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

(d) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(e) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut :
i. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau
ii. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan  dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya  peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam  tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; dan
iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu, sama ada Kepujian a tau Lulu s dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Post a Comment