Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia - 12 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Institut Integriti Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Jawatan Kosong 2021 di Institut Integriti Malaysia

Latar Belakang

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. AKAUNTAN W41


Senarai Tugas Jawatan:

1. Memastikan pematuhan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia, Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, peruntukan Akta Syarikat 2016 dan tatatcara pengurusan kewangan 

2. Membantu merangka dan melaksanakan dasar dan tatacara kewangan untuk digunapakai di IIM. Memastikan prosedur dan tatacara kewangan yang telah disediakan dipatuhi oleh semua pegawai

3. Berurusan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan bagi permohonan peruntukan bajet tahunan, penyediaan laporan aliran tunai dan penyaluran bajet kepada IIM

4. Membantu Ketua Seksyen dalam penyediaan dan pemantauan bajet tahunan IIM

5. Menyediakan laporan jualan dan perbelanjaan bulanan setiap seksyen sebelum dibentangkan oelh Ketua Seksyen di dalam Mesyuarat Pengurusan IIM. Memastikan kedudukan perbelanjaan seksyen tidak melebihi peruntukan dan membuat proses pindah peruntukan (viremen) sekiranya perlu. 

6. Menyemak dan memastikan akaun yang telah direkodkan dalam sistem perakaunan adalah tepat. Memastikan jualan, perbelanjaan dan penerimaan hasil IIM direkodkan pada setiap masa

7. Menyemak dan mengesahkan penyata penyesuaian bank yang disediakan oleh Penolong Akauntan pada setiap bulan untuk memastikan baki tunai di dalam buku tunai dapat diselaraskan dengan baki tunai yang direkodkan dalam penyata bank

8. Menyediakan pelaporan mengenai pergerakan pelaburan IIM dan kedudukan keuntungan yang telah diperolehi. Membuat cadangan baru pelaburan (simpanan tetap) sekiranya ianya lebih menguntungkan organisasi

9. Memastikan panjar wang runcit direkod dengan tepat dan mencukupi bagi pembayaran perbelanjaan kecil dan tuntutan perbelanjaan oleh pegawai IIM

10. Memastikan semua dokumen & rekod kewangan dikepilkan bersama-sama dokumen sokongan dan difailkan dengan sempurna untuk memudahkan rujukan dan pemeriksaan audit.

11. Berurusan dengan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar bagi proses pengauditan penyata kewangan IIM

12. Berurusan dengan Agen Percukaian bagi tujuan pembayaran cukai korporat IIM

13. Lain-lain tugas yang diarahkan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.


Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

1. Ijazah Sarjana Muda Perakauan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

2. Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) atau Ahli  Penuh Badan-badan Iktisas Perakaunan


Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:

1. Integriti
2. Sifat kepimpinan yang tinggi
3. Kemahiran komunikasi yang baik
4. Kemahiran analtikal yang tinggi
5. Ketelitian yang tinggi


Pengalaman kerja yang diperlukan:

1. Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman di dalam pengurusan kewangan.
2. Pengalaman di dalam bidang audit luaran/dalaman merupakan kelebihan


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Oktober 2021 (Selasa)


Post a Comment