Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 21 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (GURU TABIKA PERPADUAN) S29

2. PEMBANTU OPERASI N11



Syarat Lantikan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Guru Tabika Perpaduan) S29 :

i) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) terdiri daripada Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki DIPLOMA dalam Bidang berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii) KEUTAMAAN kepada Calon Wanita yang berumur dibawah 40 tahun.


Deskripsi Tugas:

i) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

ii) Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

iii) Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunakan di Tabika.

iv) Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas
lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Syarat Lantikan Pembantu Operasi N11:

i) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) terdiri daripada Warganegera Malaysia;
b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

ii) Calon yang memiliki PMR atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred D dalam empat (4) subjek lain termasuk Matematik.

iii) Calon yang memiliki PT3 atau setaraf dengannya hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Subjek Bahasa Melayu serta sekurang-kurangnya Gred E dalam empat (4) Subjek lain termasuk Matematik.

iv) KEUTAMAAN adalah pemohon dikalangan Wanita dan menpunyai Lesen Memandu B2 atau D.


Deskripsi Tugas: 

i) Bertanggungjawab membantu tugas-tugas guru.

ii) Menguruskan kewangan dan kawalan akaun kelas.

iii) Menguruskan kebersihan dan keceriaan kelas.

iv) Menyediakan makanan kanak-kanak mengikut menu yang telah ditetapkan.

v) Serta melaksanakan tugas yang diarahkan daripada masa ke semasa.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2021 (Khamis)



https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment