Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Labis (MDL) - 26 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Labis (MDL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Labis (MDL)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Labis (MDL)

Latar Belakang

Daerah Kecil Labis dahulunya adalah gabungan beberapa Kampung Melayu yang di antaranya terdiri dari Kampung Paya Merah, Kampung Tenang, Kampung Sungai Gatom dan beberapa kampung lain.Penduduk kebanyakan bersawah padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan utama disamping ternakan ayam dan itik. Terdapat sebuah ladang getah yang dibuka oleh Inggeris dikenali sebagai North Labis Estate dan beberapa ladang di sekitar labis. Dengan adanya ladang kelapa sawit di chaah, telah menyebabkan kemasukan kaun India sebagai buruh di ladang.

Pekan Labis, Chaah dan Bekok pula, suatu masa dahulu adalah kawasan penempatan semula kaum cina semasa berlaku darurat, di mana kerajaan telah membina rumah-rumah tersusun bagi menempatkan penduduk-penduduk dari kawasan pendalaman dan hutan daripada diburu atau dipengaruhi anasir komunis pada masa itu.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR  (PERKERANIAN/OPERASI) N19

2. PEMANDU KENDERAAN H11


Syarat Lantikan Pembantu Tadbir  (Perkeranian/Operasi) N19:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80).


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi)


Syarat Lantikan Pemandu Kenderaan H11:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lessen memandu dalm tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. 

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
  • Lesen D : RM 1,264.15
  • Lesen E/E1/E2 : RM 1,310.30
  • Lesen F/H : RM 1,356.45
  • Lesen G/I : RM 1,402.60

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/ jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/ jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian. 


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Oktober 2021 (Selasa)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor

Post a Comment