Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) - 8 Oktober 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg)

Latar Belakang

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) 


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my mulai 01 Oktober 2021 (Jumaat) (admin ada sediakan link di bawah)

2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.

4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.


*Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2021 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Mohon Secara Online

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

Post a Comment