Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 21 Oktober 2021

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Latar Belakang

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jawatan:

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41

2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

4. PELUKIS PELAN (SENIBINA) / PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA19   

5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19


Cara-Cara Memohon:

i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MPD. TR. 1/2021 dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my. atau Facebook Majlis Perbandaran Dungun (facebook.com/mpdungun).                             

ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :
  • Gambar berukuran passport (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
  • Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu atau Salinan Kad Pengenalan bapa (jika bapa lahir di negeri terengganu).
  • Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
  • Salinan dokumen berkaitan yang disahkan
 
Pegawai Sedang Berkhidmat

i) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskinikan dan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun berturut-turut disertakan.

ii) Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruang alamat.

iii) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan  kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU
(U.P. BHG. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)


Catatan:

(i) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas, tidak ditandatangani atau tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan akan ditolak.

(ii) Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(iii) Salinan sijil yang tiada pengesahan akan ditolak.

(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2021 (Jam 12.00 T/hari)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu