Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 12 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jawatan Kosong 2020 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(b) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1; atau

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 


Ringkasan Tugas:

Merancang, menggubal dan melaksana dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, pentadbiran, perundangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan keselamatan, pengurusan teknologi maklumat serta memberi khidmat pakar runding seni reka dan pengurusan perpustakaan/penerbitan.


Keutamaan kepada calon

Mempunyai kelayakan di perenggan 1 dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang berikut:

(a) Pengurusan dan Pentadbiran;
(b) Kewangan/Perakaunan;
(c) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
(d) Pengajian Islam;
(e) Psikologi/Kaunseling;
(f) Perundangan;
(g) Komunikasi;
(h) Seni Reka; atau
(i) Pengurusan Perpustakaan/Penerbitan


Cara Memohon:

i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/. (Tidak perlu mengemukakan resume atau permohonan secara manual) (admin ada sediakan pautan link di bawah)

a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan)
b. Memohon jawatan yang berkaitan

ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

iii) Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi dan alamat emel) yang terkini.

iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

v) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2021 (Jumaat)



Post a Comment