Jawatan Kosong di Kolej Ketengah Sdn Bhd - 15 Disember 2021 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Ketengah Sdn Bhd - 15 Disember 2021

Jawatan Kosong 2021 di Kolej Ketengah Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Ketengah Sdn Bhd

Jawatan Kosong 2021 di Kolej Ketengah Sdn Bhd

Latar Belakang

Kolej Ketengah merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bernaung di bawah Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) iaitu syarikat anak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kolej Ketengah menawarkan program-program akademik 'HOME-GROWN' pada peringkat Sijil dan Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat, Aplikasi Multimedia dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dengan menjalinkan usahasama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) program pengajian peringkat Sarjana Pentedbiran Perniagaan telah dijalankan. Manakala pada tahun 2018 beberapa program seperti Diploma Perakaunan, Diploma Sumber Manusia dan Diploma Pemasaran akan dijalankan secara 'FRANCAIS' dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kolej Ketengah juga menjalankan kerjasama dengan pihak luar dalam  menawarkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) selama 6 bulan dalam bidang Kimpalan 6G, Industri Safety Skills, Pemasangan Paip & Fitter, Insulasi Paip Gas, Oil & Gas Scalfolding. Program ini mendapat penajaan penuh daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW). Para Graduan yang tamat belajar hampir 90% mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu

Jawatan:

1. PENSYARAH KURSUS PENYELIAAN

2. OPERASI KELAPA SAWIT


Syarat Kelayakan:

i. Mempunyai kelayakan Ijazah atau Diploma dalam bidang Perladangan, Pertanian atau bidang-bidang berkaitan yang diiktirafkan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya.

Atau,

ii. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 atau Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang Penyeliaan & Operasi Kelapa Sawit yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dan,

ii. Lulus dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

b) Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang peladangan kelapa sawit

c) Calon-calon yang mempunyai Sijil Vocotional Training Officer (VTO) dalam bidang berkaitan adalah diberi keutamaan.


Syarat Am:
  • Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu
  • Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan
  • Mempunyai sikap yang baik dan terpuji
  • Keperibadian yang matang

 

3. PEMANDU KENDERAAN

Syarat Lantikan:

a) Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Mempunyai sekurang-kurangnya SRP/PMR/PT3

c) Mempunyai lesen memandu Kelas D, E dan Lesen PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P))

d) Keutamaan adalah kepada penduduk WILAYAH KETENGAH

e) Berkebolehan menyelenggara kenderaan adalah satu kelebihan

f) Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

g) Bersedia untuk bertugas di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

h) Sanggup bekerja lebih masa dan dibawah tekanan

i) Sanggup membantu jabatan/ bahagian lain jika tidak memandu

j) Mempunyai sikap yang baik dan terpuji

k) Keperibadian yang matang



Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan resume terperinci, , nombor telefon dan gambar bersaiz pasport (tidak dikembalikan) ke alamat di bawah atau melalui email : admin@kolejketengah.edu.my (softcopy hendaklah dalam format PDF)

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Bandar Al Muktafi Billah Shah
Jalan Sultan Sulaiman
23400 Dungun
Terengganu

(Kami mengucapkan terima kasih kepada semua calon yang berminat, walaubagaimanapun, hanya calon yang disenarai pendek untuk temuduga akan dihubungi)


Tarikh Tutup Permohonan: 15 Disember 2021 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Ketengah Sdn Bhd - 15 Disember 2021"

Post a Comment