Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 18 November 2021 - KERJA KOSONG 2022 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2022
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 18 November 2021

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Zakat Negeri Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Zakat Negeri Kedah

Sejarah

1935

Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.

Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.

Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.

Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.

Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.

Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kedah
Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS EKSEKUTIF GRED Z7

Jadual gaji :
Minimum : RM1,700.00
Maksimum : RM6,000.00
Elaun : RM1,070.00


Syarat Kelayakan:
  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang Sains Komputer, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perisian, Teknologi Maklumat atau yang sama taraf dengannya;
  • Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Berkemahiran dalam menganalisis dan menyelesaikan masalah sistem dengan keupayaan untuk bekerja secara bebas dengan pengawasan minimum;
  • Keutamaan dalam bidang Business Development / IT Project Management
  • Pengalaman kerja melebihi 5 tahun dalam bidang Business Development / IT Project Management
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan menjaga solat


Deskripsi Tugas:
  • Bertanggungjawab dalam menstruktur dan menjalankan kajian penyelidikan berkaitan inovasi dan pembangunan Sistem Maklumat untuk dikolaborasikan dengan agensi luar.


Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG yang boleh didapati dalam LAMAN WEB https://www.zakatkedah.com.my
  • Semua maklumat yang diberi di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan :
a) Sekeping gambar terbaru berukuran passport
b) Kad pengenalan
c) Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
d) Sijil berhenti sekolah
e) Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)

Borang permohonan yang diisi lengkap bersama-sama dengan salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan hendaklah :

a) Dikemukakan dengan menggunakan sampul surat yang berukuran 229 mm x 423 mm dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos);

b) Dipenjuru atas sebelah kiri sampul berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup permohonan :-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)


Asas Tapisan:
  • Bergantung kepada jumlah permohonan yang layak mengikut syarat dalam iklan berbanding dengan kekosongan jawatan, pentadbiran ini akan menetapkan asas tapisan seperti peperiksaan kemasukan ke dalam Skim Perkhidmatan Saraan Zakat dan lain-lain penilaian untuk menentukan jumlah calon yang sesuai dipanggil temuduga.

Permohonan Yang Ditolak:
  • Permohonan yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dalam iklan ini;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan atau tidak jelas;
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan.

Pemberitahuan Mengenai Calon Yang Tidak Berjaya:
  • Calon hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA jika tidak menerima sebarang makluman selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

Tarikh Tutup Permohonan : 18 November 2021 (Khamis)


Klik Untuk Maklumat Iklan Jawatan


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kedah

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Zakat Negeri Kedah - 18 November 2021"

Post a Comment