Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) - 19 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM)

Latar Belakang

Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka atau lebih dikenali sebagai PERTAM telah ditubuhkan pada 14 Mei 1991 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka 1991 setelah diluluskan penubuhannya oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu kepada PERTAM untuk membangun atau mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka.

Walaubagaimanapun PERTAM mula beroperasi pada 16 Februari 1992 setelah menerima Geran Pelancaran daripada Kerajaan Negeri Melaka sebanyak RM 2 juta dan pelantikan seorang Pengurus Besar yang pertama.

Sehingga kini, PERTAM telahpun menjalankan beberapa projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah termasuk tanah estet melalui proses pengambilan balik tanah.

Tugas utama dan peranan yang dimainkan oleh PERTAM adalah membangunkan sektor hartanah samada secara maju sendiri, secara usahasama atau secara penswastaan selaras dengan matlamat menjadikan PERTAM sebagai sebuah agensi yang terunggul pada suatu masa kelak.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. AKAUNTAN - TETAP


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelulusan akademik seperti berikut :-

(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau

(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00); atau

(iii) lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA). (Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

2. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dalam bidang perakaunan melibatkan pembangunan hartanah, percukaian dan lain – lain berkaitan dengannya.

3. Deskripsi Tugas – Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi – fungsi perakaunan dan kewangan, meliputi analisis laporan kewangan serta fungsi perbendaharaan dan percukaian (langsung
dan tidak langsung).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Cara Memohon:

(i) Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web PERTAM di http://www.pertam.gov.my/

(ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut:-

a. Salinan Kad Pengenalan
b. Sijil Kelahiran
c. Sijil – sijil Keputusan Peperiksaan Persekolahan / Diploma / Ijazah atau lain – lain berkaitan.
d. Sekeping gambar berukuran passport
e. Salinan lesen kenderaan (bagi jawatan Pemandu Kenderaan sahaja)

(iii) Setiap salinan sijil/dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan. (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

(iv) Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(v) Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat sebelah atas kiri sampul surat.

(vi) Borang yang TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(vii) Untuk sebarang pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pentadbiran PERTAM di nombor telefon 06-2347041.

(viii) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,
PERBADANAN KEMAJUAN TANAH ADAT MELAKA (PERTAM),
NO 40 – 48, JALAN BKD 27, TAMAN BUKIT KATIL DAMAI 2, BUKIT KATIL,
75450, MELAKA.


Close date : 19 November 2021


Join Channel Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka

Post a Comment