Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 7 Disember 2021

1 comment
Jawatan Kosong 2021 di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Jawatan Kosong 2021 di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Latar Belakang

Pada 1 Julai 2006, Perbadanan Air Melaka telah melalui satu transformasi iaitu dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Penswastaan ini diambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan. Selepas dikorporatkan, SAMB telah diberi peranan dan bidang kuasa yang lebih luas tanpa menjejaskan segala aktiviti asal Perbadanan Air Melaka. Pengkorporatan SAMB ini adalah sebagai usaha Kerajaan Negeri bagi memantapkan pengurusan serta pengagihan bekalan air kepada rakyat negeri ini dengan fungsi, objektif, peranan dan kuasa SAMB yang lebih meluas.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Jawatan:

1. KETUA JABATAN KEWANGAN


Syarat Lantikan:

1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

2. Mempunyai kelayakan professional ACCA atau CIMA serta dan ahli berdaftar dengan MIA atau berpengalaman dalam isu perakaunan secara operasi dan teknikal;

3. Lulus kursus/latihan dan/atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat;

4. Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam sektor korporat berkaitan pengurusan kewangan.


Syarat Tambahan:

1. Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka atau yang menetap di Negeri Melaka;

2. Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik) yang bekerja di SAMB.


Bidang Tugas Utama :

1. Bertanggungjawab untuk menyelia prestasi kewangan Syarikat dengan memantau bajet menggunakan kemahiran analitikal (advanced analytical skill) dan menyelesaikan masalah (problem solving skill).

2. Bertanggungjawab untuk menasihati Pengurusan Tertinggi dalam membuat keputusan berdasarkan prestasi dan maklumat kewangan Syarikat.

3. Bertanggungjawab dalam pembangunan pelan perniagaan dan pengurusan kewangan Syarikat. Memastikan polisi dan prosedur kewangan Syarikat dilaksanakan secara teratur. Memastikan laporan kewangan Syarikat dan rekod perakaunan mematuhi undang-undang dan peraturan yang digunapakai.

4. Bertanggungjawab dalam memimpin pasukan kerja yang aktif dan positif, hubungan kerjasama yang baik antara pihak dalaman, luaran, berkepentingan dalam memastikan pengurusan kewangan berimpak tinggi serta mengawal selia prestasi dan operasi kewangan Syarikat.


Close date : 07 Disember 2021


Join Channel Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka

1 comment

  1. Sedanng mencari dan minat untuk bekerja dengan syarikat air melaka

    ReplyDelete

Post a Comment