Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tekun Nasional - 30 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional

Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional

Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan sematamata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI TEKUN CAWANGAN KULAI

Kelulusan :SPM
Calon : Lelaki

Kemahiran dalam Komputer word dan exel,rajin,cekap Dan amanah, sentiasa mematuhi arahan kerja, boleh bekerja diluar dan dalam pejabat. 

Mempunyai motosikal sendiri. Faham jalan disekitar Senai Dan Kulai

Kelayakan umur 18 hingga 30 tahun


Peranan Dan Tanggugjawab:
  • Proses borang permohonan pinjaman TEKUN
  • Pengurusan Fail Dan Dokumen Peminjam
  • Kutipan bayaran balik 
  • Berpakaian kemas
  • Dan sebagainya

Kepada yang berminat boleh kemukakan resume, sijil SPM, lesen motosikal. Gambar Ukuran Pasport ke alamat email:

daniyal@tekun.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2021

Post a Comment