Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 12 November 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
JADUAL GAJI : RM1,205.00 – RM2,939.00


Syarat Lantikan:
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00) atau

b) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM1,205.00) dan

c) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;

iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv. mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

v. lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii.diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf


Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).


Syarat Umum Permohonan:

(a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

(e) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(f) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut :

i. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau

ii. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; dan

iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu, samaada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2021 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Mohon Secara Online

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak

Post a Comment