Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 31 Disember 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Penubuhan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUTEKNIK HASIL NET4


Syarat Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Dan;

Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

Atau;

Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;

Atau;

Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Kelayakan Tambahan Yang Diperlukan

Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki Diploma dalam bidang teknologi maklumat dan bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.


Kriteria Yang Diperlukan:

Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik.Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Bidang Tugas:
  • Membantu melaksanakan tugasan mengenai penyelenggaraan dan pembaikan sistem dan perkakas IT;
  • Membaikpulih sistem pengoperasian dan perisian dalam komputer;
  • Membuat pindahan dan pemasangan kepada pengguna;
  • Membuat semakan dan kemaskini pengurusan rekod bekalan komputer dan pencetak;
  • Membuat semakan dan memastikan peralatan live streaming dan video conference berfungsi


Cara Memohon:
  • Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
  • Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/
  • Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://spi.hasil.gov.my/ (link admin sediakan di bawah)


Maklumat Temuduga

Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.

Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my 
 

Nota

Pemohon dikehendaki mendapatkan surat pengiktirafan kelayakan apabila dipanggil temu duga melalui laman:-

https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm 


* Sila baca terlebih dahulu maklumat iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021 (Jumaat)

Post a Comment