Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) - 20 Disember 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Latar Belakang

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusuan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Pihak berkuasa Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke- 24/1998 yang bersidang pada 16 Disember 1998 telah membuat keputusan untuk memperluaskan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi meliputi keseluruhan Jajahan (Daerah) Pasir Puteh. Pengubahan sempadan oleh sesebuah Penguasa Tempatan adalah dibenarkan sebagaimana perutukan seksyen 4 (3), Akta Kerajaan Tempatan , 1976 (Akta 171),iaitu :

" Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan."
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (G29) - 1 Kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29) - 1 Kekosongan

3. PENOLONG JURUTERA (JA29) - 2 Kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA (KP29) - 1 Kekosongan

5. PEMBANTU PENGUATKUASA (KP19) - 5 Kekosongan

6. PEMBANTU TADBIR (N19) - 2 Kekosongan

7. PEMBANTU AKAUNTAN (W19) - 1 Kekosongan

8. PEMBANTU PENILAIAN (W19) - 1 Kekosongan

9. PEMANDU KENDERAAN (H11) - 3 Kekosongan

10. PEMBANTU AWAM (H11) - 6 Kekosongan


Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan MDPP berharga RM 5.00 yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh.

Setiap permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan dibahagian atas sampul surat sebelah kiri.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Yang DiPertua,
Majlis Daerah Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.

Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport,salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkip keputusan pemeriksaan semua semester yang telah disahkan.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Disember 2021 (Jam 12.00 Tengahari)

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment