Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) - 5 Januari 2022

Jawatan Kosong 2021 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Jawatan Kosong 2021 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Company Overview

The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda  led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Positions:

1. EKSEKUTIF INTEGRITI GRED 11


Deskripsi Tugas:

1. Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program kesedaran dan penghayatan mengenai integriti;

2. Mengurus dan menyelia aduan / maklumat yang diterima mengenai salah laku pegawai;

3. Melaksanakan pemantauan bagi pematuhan peraturan-peraturan Syarikat yang ditetapkan;

4. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

5. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab: dan

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan Pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Memiliki pengalaman bekerja dalam bidang integriti sekurang-kurangnya 2 tahun; dan

4. Calon-calon yang pernah mengikuti Kursus Certified Integrity Officer (CeIO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu kelebihan.


Cara Memohon:

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my


Tarikh tutup : 05 Januari 2022


*Sila baca syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah