Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 12 Disember 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaya (UM)

Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.

Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929). Kedua-dua kolej ini bergabung menjadi Universiti Malaya pada 8 Oktober 1949. Kemudian pada tahun 1959, universiti ini mengambil keputusan berpecah kepada dua bahagian, satu di Singapura (kemudiannya menjadi Universiti Nasional Singapura) dan satu lagi di Kuala Lumpur (mengekalkan nama Universiti Malaya). Maka secara rasminya Universiti Malaya yang sekarang ini ditubuhkan pada 1 Januari 1962. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Canselor pertama Universiti Malaya.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29


Jadual Gaji:

Gaji Minimum - RM1,493.00
Gaji Maksimum - RM5,672.00
Elaun - RM810.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan - RM145.00


Syarat Lantikan

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

iii. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengurus Asrama dalam melancarkan operasi berikut:

- Pentadbiran dan penginapan pelajar
- Pengurusan sumber manusia
- Pengurusan aset, penyelenggaraan & fasiliti
- Pengurusan kebajikan, keselamatan & kecemasan


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui https://e-recruitment.um.edu.my (admin ada sediakan link di bawah)

2. Sila emelkan dokumen berikut kepada emel sokongan@um.edu.my :
(b) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan benar; dan
(c) Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar.

3. Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Disember 2021 (Ahad).


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.




Post a Comment