Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 1 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. SKIM PERKHIDMATAN KHAS UNIVERSITI (PEMASARAN) GRED 41


Syarat Lantikan / Bidang / Kelayakan Khusus:
  • Warganegara Malaysia.
  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah sarjana muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kriteria Calon:
  • Memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang pemasaran atau mana-mana bidang yang berkaitan
  • Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Mempunyai daya saing yang tinggi dan sentiasa proaktif
  • Mahir menggunakan komputer dan media sosial
  • Boleh bekerja lebih masa
  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasaran adalah satu kelebihan
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran dan pengetahuan berkaitan wakaf, endowmen, zakat, sedekah, khairat, kursi, hadiah buku dan lain-lain.
  • Pegawai juga AKAN DIPERTIMBANGKAN pembayaran komisyen berdasarkan jumlah dana yang berjaya dipungut.


Panduan permohonan:
 
1. Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). (link admin ada sediakan di bawah)

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

4. Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
4.2 sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);
4.3 cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;
4.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

5. Selain daripada memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan dalam skim berkenaan, calon mestilah juga memenuhi syarat tambahan iaitu:

5.1 bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib/perundangan;
5.2 telah melengkapkan pengambilan vaksinasi Covid-19 (sekurang-kurangnya 2 dos)

6. Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

7. Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

8. Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

9. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

10. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya. 


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan :  01 Januari 2022 (Sabtu)


Klik Untuk Baca Iklan Perjawatan


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment