Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 7 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENASIHAT UNDANG-UNDANG JUSA C (VU7) 


Syarat Lantikan:
 
1. Calon adalah dari warganegara Malaysia.

2. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran adalah satu kelebihan.

3. Berpengalaman luas dalam profesion undangundang sekurang-kurangnya 15 tahun.

4. Berpengalaman memegang jawatan Penasihat Pegawai Undang-Undang di mana-mana Universiti Awam, Agensi Kerajaan atau Swasta, Government Link Company (GLC), syarikat Multinasional atau mana-mana syarikat terkemuka dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Keutamaan diberikan kepada Pegawai yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Agensi Kerajaan.


Ringkasan tugas:

Menjadi penasihat utama mengenai hal ehwal undang-undang berkaitan dengan Universiti kepada Lembaga Pengarah Universiti dan mana-mana pihak berkuasa Universiti yang lain, menjadi ketua Pejabat Penasihat Undang-Undang, mengubal, menyemak dan menyediakan dokumen perundangan dan surat cara perundangan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Universiti yang berkenaan, memberi nasihat mengenai transaksi yang dimasuki oleh Universiti dengan pihak ketiga setakat nasihat itu berkaitan dengan isu perundangan bagi transaksi itu, mengendalikan urusan guaman Universiti, menasihati dan mengemukakan tafsiran undang-undang mengenai apa-apa peruntukan Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti sekiranya diminta oleh Pihak Berkuasa Universiti dan menjalankan tugas-tugas dan fungsi lain yang diarahkan oleh Naib Canselor dari semasa ke semasa. Penasihat Undang-Undang bertanggungjawab dan melapor kepada Naib Canselor dan Lembaga Pengarah Universiti.


Cara memohon:

1) Permohonan boleh di buat dengan mengemukakan borang yang disediakan berserta Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dengan maklumat termasuk pengalaman, kepimpinan dan pencapaian.

2) Borang permohonan dan CV perlu dihantar secara salinan lembut dan salinan keras untuk urusan saringan.

3) Semua Permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 7 Januari 2022 (Jumaat) di alamat berikut: 

Salinan keras:

Bahagian Governan dan Integriti
Pejabat Pendaftar
Tingkat 4, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR
(u.p: Puan Saliza binti Mustafa)

dan

Salinan lembut : kb_bgi@upm.edu.my / syazaliyana@upm.edu.my

4) Permohonan yang lulus di peringkat saringan sahaja akan dipanggil temuduga.

5) Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Puan Saliza binti Mustafa / Cik Syazaliyana Samsudin
Telefon: 03-9769 1434


Maklum balas:

Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklum balas dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini dianggap tidak berjaya. 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Januari 2022 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan


Post a Comment