Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) - 26 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)

Jawatan Kosong 2022 di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Sejarah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan di Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti untuk penjanaan penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalaran raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berasaskan bukti menyediakan asas untuk merumuskan strategi baru, undang-undang, dasar, dan langkah-langkah penguatkuasaan, yang mengawal keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan.

Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan dan antarabangsa dan badan-badan swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan jalan raya, bertindak sebagai pusat sehenti bagi penjanaan dan penyebaran maklumat keselamatan jalan raya.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM2,315.00] atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM2,522.44]

Bidang Tugas:

Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang berkaitan keselamatan jalan raya. Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, memberikan khidmat nasihat kepakaran serta menyebar maklumatmaklumat berkenaan keselamatan jalan raya. Mengetuai projek penyelidikan.


2. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM 2,080.00]; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.


3. PEMBANTU PENERBITAN GRED N19

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut. [Gaji Permulaan : RM1,352.00]; atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,408.40]; atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan: RM1,464.80]

Bidang Tugas:

Membantu, menyelaras dan memberi khidmat nasihat berkaitan urusan penerbitan dan penyuntingan laporan penyelidikan bagi memastikan laporan penyelidikan MIROS yang diterbitkan mencapai kualiti ditetapkan.


4. PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W41)

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau

iii. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.; atau

iv. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. ; atau

v. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

Bidang Tugas:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.



5. PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N41)

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Sarjana Muda bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(d) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti penyelidikan, tugas operasi berkaitan pemasaran sosial seperti pengiklanan bagi tujuan pendidikan dan keselamatan jalan raya, penerbitan dan penyebaran ilmu serta menyediakan khidmat profesional dan masyarakat.


6. PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N29)

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Matrikulasi / Diploma dalam bidang berkaitan.

Bidang Tugas:

Pegawai Kontrak Projek merupakan pegawai yang dilantik secara kontrak dalaman oleh MIROS dan tempoh pelantikan adalah berdasarkan tempoh sesuatu projek yang dijalankan. Pelantikan ini juga adalah berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh MIROS. Membantu melancarkan proses perolehan projek penyelidikan dan perundingan yang sedang dijalankan.


Cara Memohon:

1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my. (link muatturun ada disediakan di bawah)

2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);

(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);

(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusatpusat pengajian tinggi;

(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Januari 2022 (Rabu) jam 12:00 tengah hari. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Januari 2022 (Rabu) jam 12:00 tengah hari




Post a Comment