Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 6 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Latar Belakang

Tahun 1888, Industri Nanas mula dibawa masuk ke Malaysia oleh orang Eropah di Singapura. Tahun 1921 tanaman nanas telah berkembang dengan pesat di selatan Johor seiring dengan perkembangan industri getah. Nanas ditanam di ladang-ladang getah secara selingan. Keluasan tanaman nanas sehingga 1921 adalah 16,000 ekar di Johor, 2000 ekar di Singapura dan 4,000 ekar di Selangor.

Pada tahun 1931, kawasan tanaman nanas telah meningkat kepada 52,000 ekar dan bertambah kepada 70,000 ekar dalam tahun 1936. Nanas pada ketika itu ditanam sebagai tanaman kontan dengan kepadatan tanaman 3,000 hingga 3,400 pokok per ekar dan diusahakan secara kelompok, namun demikian di Johor ianya diusahakan secara perladangan kontrak melalui sistem pawah. Kemelesetan industri getah pada tahun 1931 telah menjejaskan perkembangan tanaman nanas. Sejurus itu corak tanam nanas telah bertukar kepada tanaman tunggal, memandangkan pada ketika itu industri nanas memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1932, penanaman secara tunggal telah diperluaskan, walau bagaimanapun, industri menghadapi masalah kekurangan kepakaran dan teknologi menyebabkan kawasan tanaman nanas mengalami masalah hakisan dan tidak dapat dikekalkan melebihi lima tahun.

Pada tahun 1938, Central Board Pineapple Packers telah ditubuhkan untuk menyusun semula industri nanas Negara.

Pada tahun 1941, Tanah Melayu menjadi pengeksport nanas kaleng ketiga terbesar dunia dengan kuantiti eksport 61,800mt.

Pada tahun 1947, The Johore Pineapple Committee telah dibentuk dengan menggariskan beberapa strategibagi memulihkan industri nanas diantaranya ialah mewajibkan kilang yang hendak beroperasi mempunyai ladang seluas tidak kurang dari 1,500 ekar.

Pada tahun 1955, Pineapple Joint Industrial Council telah ditubuhkan untuk mengawasi industri nanas dan bertindak sebagai sebuah agensi badan berkanun.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,286.57); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,490.99); atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan  (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,797.62); atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM2,899.83); atau

(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji Permulaan pada Gred E41 : RM3,002.03).

(d) Telah lengkap dua (2) dos vaksinasi.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Februari 2022 (Ahad)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor


Post a Comment