Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) - 28 Janauri 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

Latar Belakang

Menelusuri sejarah, semasa di era pemerintahan Siam dan Inggeris, hal ehwal Agama Islam di Negeri Perlis ditadbir oleh Raja Pemerintah yang diangkat darjat sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Rentetan itu, DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Alwiibni Almarhum Syed Safi Jamalullail telah menubuhkan Majlis Agama Islam Perlis pada tahun 1920. Setelah Perlis menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Januari 1948, telah ditubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 1 Februari 1948 (Jabatan Perdana Menteri, 2013)

Penubuhan MAIPs adalah selari dengan perkenan DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis ke-6 yang telah mengurniakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis pada tanggal 1 Februari 1948. DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Jamalullail telah mengasaskan perlembagaan Negeri Perlis yang pertama melalui Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang dianggap sebagai dokumen bertulis buat julung-julung kalinya bagi Kerajaan Perlis (Hazman Hassan et al., 2014

Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis telah diasaskan oleh DYTM Al Marhum Tuanku Syed Alwi Ibni Al marhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail Raja Negeri Perlis. Hal ini bermula dengan kutipan zakat padi dan diikuti pula dengan zakat fitrah yang dikutip secara rasmi di bawah MAIPs dari seluruh umat Islam di negeri Perlis di era DYMM Tuanku Al-Marhum Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 1 Ramadhan 1382 bersamaan 27 Januari 1963 (Majlis Agama Islam Perlis 14 Mei 2015).

Setelah 15 tahun memainkan peranan dalam mengendalikan hal ehwal Islam di negeri Perlis bermula tahun 1948, pada tahun 1963, telah dibuat satu pindaan terhadap Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam No. 3 yang telah diluluskan untuk meletakkan Baitulmal sebagai satu badan yang berfungsi bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Fungsinya telah dilaksanakan setahun selepas itu iaitu melalui peruntukan Undang-Undang Negeri Perlis, Fasa 4, Enakmen Pantadbiran Agama Islam Bil.3/1964. Pindaan ini telah mengangkat kedudukan MAIPs untuk bergerak dengan lebih efisien dan memikul tanggungjawab besar dalam merealisasikan agenda pembangunan sosio ekonomi umat Islam khususnya di Negeri Perlis (Majlis Agama Islam Perlis, 2011).

Bagi melaksanakan pengurusan zakat di Negeri Perlis, Pejabat Zakat Negeri Perlis ditubuhkan. Pejabat ini telah ditempatkan di Pejabat Pemeriksa Kira-kira Negeri Perlis. Lokasi Pejabat Zakat Negeri Perlis kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Bandaran dan di Sekolah Menengah Derma sehingga tahun 1964. Pejabat Zakat Negeri Perlis kemudian disatukan dengan Pejabat Agama Islam Perlis dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Zakat dan Fitrah .

Pada tahun 1995, Pejabat Zakat Negeri Perlis dinamakan sebagai Baitulmal Negeri Perlis dan diletakkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta dipindahkan ke Kompleks Islam Perlis di Persiaran Jubli Emas Kangar. Pengasingan ini adalah selari dengan penstrukturan MAIPs dan Jabatan hal Ehwal Agama Islam Perlis yang diasingkan dari MAIPs pada tahun 1986 (Siti Fatimah Sudin et al., 2014). Pada ketika itu, Baitulmal Negeri Perlis diterajui oleh seorang. Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengerusi Baitulmal yang akan mengangkat keputusan berkaitan kepada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Tuanku Yang Di Pertua MAIPs.

Sejajar dengan perubahan persekitaran global yang berhadapan dengan pelbagai cabaran monumental yang menuntut kepada perubahan, MAIPs optimis untuk mengalami proses transformasi. DYTM Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs, menghasratkan MAIPs untuk melaksanakan transformasi secara holistik bermula Jun tahun 2011. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, Baginda Tuanku telah meminta pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, untuk mengenalpasti kaedah dan mekanisme terbaik ke arah melaksanakan transformasi MAIPs. Transformasi MAIPs secara berfasa, diperkuat dengan gagasan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemacu transformasi ummah yang dijulang di dalam Kongres MAIN Seluruh Malaysia Kali Pertama pada 26 dan 27 September 2011 (Majlis Agama Islam Perlis,14 Mei 2015).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perlis
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19 - 2 Kekosongan


Syarat Kelayakan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia; dan

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Deskripsi Tugas:

1. Menyediakan penyata penyesuaian bank untuk kumpulan wang di MAIPs.
2. Menyelenggara daftar cek tak laku berserta surat makluman kepada pembayar di MAIPs.
3. Menyelenggara daftar resit batal.
4. Membantu memfailkan resit-resit terimaan mengikut susunan nombor resit.
5. Membantu memfailkan slip-slip terimaan mengikut susunan tarikh buku tunai.
6. Menyediakan laporan terimaan buku tunai.
7. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Pengisian Jawatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang boleh didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan melayari www.maips.gov.my dan kaunter pentadbiran ini.

2. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab calon.

4. Semua permohonan jawatan perlu disertakan resume dengan sekeping gambar terkini berukuran passport, bersama salinan sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i) Kad Pengenalan
ii) Sijil kelahiran
iii) Sijil berhenti sekolah
iv) sijil-sijil Akademik
v) sijil kegiatan luar (jika ada)
vi) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas berkaitan dengan jawatan dipohon.

5. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya.

6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklah adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sila tulis ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

8. Permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau dihantarkan kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
NO. A2, TAMAN PENGKALAN ASAM
JALAN TUANKU SYED PUTRA
01000 KANGAR
PERLIS


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Janauri 2022 (Jumaat)

Post a Comment