Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang - 19 Januari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Sepang

Latar Belakang

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13 November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7 Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3 Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 56,150 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan tiga batu nautikal dari tikas air surut).
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN, GRED U48

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA, GRED JA29

3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP, JA29

4. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG), GRED L19

5. PEREKA, GRED B19


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat www.mpsepang.gov.my atau melalui laman iperjawatan.mpsepang.gov.my. (admin ada sediakan link di bawah)

b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

f) Alamat permohonan:

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran SemarakApi, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2022 (Rabu)

Post a Comment