Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) - 6 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

Jawatan Kosong 2021 di Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT)

Latar Belakang

Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) di bawah kelolaan Kementerian Luar Negeri Malaysia, dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2003.

Pelbagai usah dilakukan untuk membendung gerakan pengganas di rantau ini. Pada 1 Julai 2003, Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar merasmikan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) - pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang keganasan dan pencegahannya di Asia Tenggara.

Tujuan penubuhannya adalah untuk melatih dan mempertingkatkan kapasiti penguatkuasaan dalam kalangan pegawai penguat kuasa keselamatan dan penggubal dasar, di samping mempertingkatkan kerjasama dengan institusi 'think-tank' dan organisasi antarabangsa. SEARCCT juga berperanan membentuk perspektif Malaysia dalam menangani isu keganasan dan mencegah keganasan melalui pendekatan yang komprehensif. Ia memberikan tumpuan kepada penyiasatan, perundangan, pengurusan krisis, keselamatan udara dan maritim, keganasan siber, belia dan pencegahan keganasan, pemulihan dan kewangan pengganas.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM - 1 Kekosongan

Syarat lantikan:
  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian asas seperti Microsoft Word/Excel/Publisher;
  • Fasih dalam komunikasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Berkemahiran dalam pengelolaan Media Sosial; dan
  • Berpengetahuan dan berkebolehan dalam mengelola majlis-majlis rasmi.


2. JURUKATALOG - 2 Kekosongan

Syarat lantikan:
  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM atau kelayakan yang setaraf;
  • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian asas seperti Microsoft Word/Excel/Publisher; dan
  • Berpengetahuan dan berkebolehan dalam mengelola majlis-majlis rasmi.

Cara Memohon:

Sila emelkan resume, salinan sijil akademik, salinan sijil vaksinasi COVID-19 beserta gambar berukuran pasport ke career@searcct.gov.my



*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Februari 2022 (Ahad)





Post a Comment