Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak - 6 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Sarawak

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak

Latar Belakang

Bermula dengan empat program yang ditawarkan dan pengambilan awal sebanyak 94 orang pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kota Samarahan (UiTMKS) telah berjaya mengorak langkah yang lebih jauh. Kini, ia menawarkan 26 program bermula dari peringkat Sijil hingga ke peringkat Doktor Falsafah melalui pelbagai mod pengajaran samada secara sepenuh masa, pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh secara fleksibel (e-PJJ). Jumlah terkini pengambilan pelajar adalah kira-kira 4,000 bagi pelajar sepenuh masa, (80% menginap di hostel) dan 800 pelajar separuh masa.

UiTMKS sentiasa meletakkan kualiti sebagai batu asas strateginya. Sehingga kini, UiTM Sarawak telah menggarap beberapa anugerah berprestij termasuklah sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd's Register Quality Assurance, Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan tahun 2000, Anugerah Kualiti Pentadbiran Akademik tahun 2001 dan Khidmat Pelanggan dan Unit Kualiti Terbaik tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kampus ini sekali lagi memenangi Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan dan sejak itu, UiTM Sarawak telah mengekalkan kemenangannya selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2003 sehingga 2005.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45)

2. PENSYARAH KANAN (GRED DM51) 

3. PROFESOR MADYA (GRED DM53)

4. PROFESOR (GRED KHAS C) VK7


AKADEMI/ FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN BAHASA
BIDANG : BAHASA INGGERIS


Syarat-syarat kelayakan:

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51

(c) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas; 

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.


Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)

(d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya;dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.


Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)

(e) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 February 2022 (Ahad)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sarawak


Post a Comment