Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu - 6 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu

Sejarah UiTM Terengganu

Tanggal 1 Julai 1975 merupakan sejarah yang menyaksikan penubuhan UiTM Kampus Dungun di Sura Gate, Dungun, Terengganu. Kampus Sementara ini mempunyai keluasan seluas 17 ekar yang merupakan peninggalan sebuah Syarikat Bijih Besi yang disewa daripada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Pada masa itu terdapat 22 bangunan kayu yang digunakan sebagai bangunan pentadbiran, bilik-bilik kuliah, perpustakaan dan asrama siswi. Sementara beberapa bangunan seperti di Union Club, Sungai Udang dan Sungai Buaya dijadikan asrama siswa.

Pengubahsuaian bangunan-bangunan dan pembinaan bangunan tambahan di Sura Gate juga dilakukan bagi menampung keperluan pelajar dan staf pada masa itu. Pengubahsuaian tersebut merangkumi 5 buah bangunan lama dijadikan bilik-bilik kuliah, rumah Residen Staf dan surau serta 2 buah stor lama dijadikan Dewan Makan dan 2 blok makmal serta pusat rekreasi pelajar
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Terengganu
Jawatan:

1. PEMANDU H11


1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini 

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

• Lesen D : RM1,264.15
• Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
• Lesen F/H : RM1,356.45
• Lesen G/I : RM1,402.60


Permohonan:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN DOKUMEN berikut yang telah DISAHKAN TERKINI :
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan / Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
• Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam)
• Laporan Rujukan (bukan penjawat awam bagi permohonan jawatan Gred 41 dan ke atas Pengurusan dan Profesional – borang seperti di lampiran 1)

*Sila kemukakan SECARA ATAS TALIAN BORANG DAN DOKUMEN (yang telah di imbas)
melalui pautan berikut: https://forms.gle/QVpGA6m3gdF2zTQ67 - link admin sediakan di bawah

4. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

5. Hanya pemohon–pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

6. Pemohon–pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

7. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu.


Cara-cara Membuat Permohonan:

a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.

b) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Pentadbiran (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2006) (Jawatan Pentadbiran) yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di https://terengganu.uitm.edu.my/index.php/component/sppagebuilder/?view=page&id=197 - link admin sediakan di bawah

c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 Februari 2022 (Ahad)

d) Sila kemukakan borang permohonan dan salinan dokumen (PDF) melalui pautan berikut : https://forms.gle/QVpGA6m3gdF2zTQ67

e) Sebarang pertanyaan berkaitan iklan boleh hubungi:

Jawatan Pentadbiran
bpuitmct@uitm.edu.my
09-8400 117 (telefon & whatsaap business)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Februari 2022 (Ahad)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu

Post a Comment