Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - 8 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)  | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Rakyat Pulau Pinang yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) seperti di dalam iklan.

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.

Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983. Baca lagi..
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

Gred Gaji : W29
Gaji Minimum (RM) : 1,498
Gaji Maksimum (RM) : 5,678


Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) i. sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

iii. diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

iv. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Permohonan:

Semua permohonan perlu dibuat secara 'online' melalui laman Sistem Perjawatan PERDA iaitu di http://erecruit.perda.gov.my

Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK :

1) Permohonan tidak dibuat secara 'online';

2) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

3) Permohonan tidak lengkap

(a) Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mac 2022 (Selasa)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang

Post a Comment