Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) - 28 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)

Latar Belakang

Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara. Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.

Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PENOLONG JURUUKUR (TETAP) GRED JA29


Syarat Lantikan:

Mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang ukur tanah atau geomatik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02);

DAN (b) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja pengukuran ke dalam alur pelayaran, pembelian / penyelenggaraan peralatan ukur dan bot serta kerja-kerja ukur tanah di Pelabuhan Klang.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2022 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap Jawatan

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor
https://www.banyakjawatan.my/p/telegram-channel-setiap-negeri.html

Post a Comment