Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) - 17 Februari 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)

Jawatan Kosong 2022 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)

Latar Belakang

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) bermula dengan nama Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938 hasil bantuan sebanyak 1,000.00 pound sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM 2,500.00 dari Kerajaan Negeri. Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli jawatankuasa yang dipilih pada waktu itu terdiri daripada Mr. A.C. Baker (Penasihat British), Mr. Gordon Hal, Mr. C, Crae dan YM Tengku Mahyideen. Bantuan sebanyak RM 1,000.00 setahun diterima dari Kerajaan Negeri dari tahun 1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara tahun 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM 500.00 dari Kerajaan Negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 untuk perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Manakala pada 1964, peruntukan telah bertambah kepada RM 5,000.00. Mulai 1hb Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967.

Dengan berkuat kuasa Enakmen No. 14 Tahun 1973, Perpustakaan Umum Carnegie mula dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan. Pada masa itu, perpustakaan hanya di kendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978. sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM 5,000.00 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 – 1982 iaitu RM 35,000.00 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIRN N29

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PEMBANTU PUSTAKAWAN

Syarat Lantikan:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2022



Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment