Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) - 10 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Jawatan Kosong 2021 di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Latar Belakang IYRES

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). Penubuhan IYRES ini sejajar dengan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional Teras Ke-10 iaitu Teras Penyelidikan dan Pembangunan. Nama IPPBM dijenamakan kepada Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) pada 6 Februari 2014 oleh YB Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan. IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia. Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. ENUMERATOR

IYRES mempelawa calon-calon yang berminat untuk menjadi Enumerator Kajian IYRES bagi tahun 2022.

a) Kajian Indeks Belia Malaysia 2022
b) Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022


Bidang Tugas:

1. Menghadiri taklimat berkaitan proses pengumpulan data yang dikendalikan oleh pihak IYRES;

2. Bertanggungjawab untuk melengkapkan borang soal selidik melalui Sistem Kaji Selidik IYRES kepada responden kajian sepanjang pelaksanaan kerja lapangan mengikut persampelan yang telah ditentukan oleh pegawai penyelidik IYRES;

3. Memastikan semua soalan dilengkapkan oleh setiap responden sebelum dihantar kepada pihak penyelia untuk tujuan semakan mengikut persampelan kajian yang telah ditetapkan;

4. Menjalankan kerja pengumpulan data dengan jujur, amanah, bertanggungjawab, berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan.


Maklumat Tambahan:

Enumerator mempunyai alat elektronik (telefon pintar atau tab) dengan ciri-ciri minimum seperti berikut:

a) iOS : iOS 11
b) Android : Android 6.0
c) RAM : 4GB

Sila layari http://ebelia.iyres.gov.my atau hubungi Sekretariat Sistem eBelia di talian 0388713344 atau 0388713329


Tarikh Tutup Permohonan : 10 April 2022



Post a Comment