Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 3 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Pasir Mas adalah salah sebuah daripada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ianya ditubuhkan pada 01 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) dengan Warta Kerajaan P.U.7/79.


Pejabat Majlis Daerah Pasir Mas

Luas Jajahan Pasir Mas ialah 577 km persegi dan lingkungan kawasan Majlis Daerah Pasir Mas merangkumi keluasan kira-kira 139 km persegi. Hasil dari percantuman Penguasa-Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu:

Lembaga Bandaran Pasir Mas.
Majlis Tempatan Rantau Panjang.
Majlis Tempatan To’Uban.
Majlis Tempatan Gual Periok.

Kesemua kawasan tersebut dan beberapa pusat pertubuhan baru diletak di bawah satu kuasa iaitu Majlis Daerah Pasir Mas dan cawangan di Rantau Panjang.


Geografi

Majlis Daerah Pasir Mas terletak di bahagian utara Negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Majlis Daerah Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan Majlis Daerah Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

2. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19

3. PENGHANTAR NOTIS GRED N11

4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

5. PEMBANTU AWAM GRED H11


Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS, KELANTAN


*Sila rujuk iklan  jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 April 2022 (Ahad)


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment