Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - 29 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya MSNS ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.

Majlis terus berkembang membangunkan kemudahan sukan dan pembangunan atlit serta pelaburan perniagaan anak–anak syarikat dan sesuai dengan perkembangan itu, Majlis sekali lagi telah menyusun semula organisasi mulai 1994 dan ianya digunapakai sehingga 2000.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) melalui Kertas MMK No. 35/1/2000 yang bersidang pada 5hb Januari 2000 telah bersetuju supaya MSNS disusun semula seterusnya ditukar status kepada Badan Berkanun Negeri.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Selangor
Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

Syarat:

Warganegara Malaysia dan

Kelahiran Negeri Selangor, atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu / JKKK. (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama Borang permohonan).


Syarat Lantikan:

a) (i) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(ii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan ialah pada Gred H11:

- Lesen Kelas D H11 : RM 1,264.15

- Lesen Kelas E/E1/E2 H11 : RM 1,310.30

b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat P


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mac 2022 (Selasa)


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Selangor

Post a Comment