Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - 14 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Latar Belakang

Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).

Di awal  pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai  "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
 
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Gaji Permulaan : RM1,218.00
Kenaikan Gaji tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan Wajib:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


Kelayakan Masuk:

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Lesen dan Pengalaman.


Bidang/Kelayakan Khusus:

Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Lantikan Tambahan:
  • Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan leh Jabatan Pengangkutan Jalan
  • (JPJ) [kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat PT3/PMR


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2022 (Isnin), jam 11.59 malam



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment