Jawatan Kosong 2022 di Pertubuhan Peladang Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pertubuhan Peladang Negeri Johor
Latar Belakang
Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Tujuan utama penubuhan PPNJ ialah untuk meninggikan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meningkatkan hasil dan pendapatan, dan membaiki cara hidup ahli-ahli, serta mengujudkan satu masyarakat tani yang progresif, berdikari, makmur dan bersatu-padu.
Pada tahun 1991, merupakan detik penting dalam perjalanan PPNJ selama 20 tahun apabila diisytiharkan sebagai sebuah Pertubuhan Peladang Negeri ( PPN ) berdikari. Pencapaian cemerlang PPNJ terus mendapat pengiktirafan dan menjadi contoh terbilang di kalangan PP yang lain seluruh negara.
Kegiatan utama PPNJ adalah dalam industri komoditi sawit yang meliputi perladangan, perkilangan, perundingan, penyelididkan dan pemasaran. PPNJ telah melengkapkan rantaian nilai bagi aktiviti ini dan mula menambah kepada aktiviti sampingan seperti kilang baja kompos dan loji memproses isirong untuk makanan ruminan.
Aktiviti-aktiviti sokongan lain seperti aktiviti sosio ekonomi dan sosial termasuk pemasaran, kredit, latihan, perniagaantani, pengangkutan dan lain-lain saling melengkapi tentang peranan utama PPNJ di dalam memastikan ahli-ahli peladang terus mendapat sokongan dan bimbingan.
Pada tahun 2013 ini PPNJ terus melebarkan operasi dan aktiviti agar selari dengan RMK-10 merangkumi strategi, program dan peruntukan yang diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh.
Kejayaan cemerlang PPNJ perlu diperluaskan bagi memastikan PPNJ di landasan kecemerlangan yang berterusan.
Jawatan:
1. PEKERJA BURUH LADANG - 800 Kekosongan
Makluman:
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini
ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor