Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK) - 28 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK)

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan merupakan badan pengasingan atau sebagai badan bebas. Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan bermula pada tahun 1959 setelah cadangan penubuhannya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 14 April 1959. Pada 21 Mei 1959 cadangan penubuhannya diluluskan. Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan secara rasminya pada 25 Jun 1959 dan penubuhannya dikuatkuasakan.

Bidang tugas yang terdapat dalam Suruhanjaya ini termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan ia bertanggungjawab terhadap semua kategori kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan iaitu merangkumi semua jawatan daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan sentiasa memastikan segala tindakan dan keputusan yang dibuat tidak terkeluar dan selari dengan dasar-dasar dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan, Perintah-Perintah Am Kerajaan, Surat-surat Arahan dan lain-lain sumber rujukan dari semasa ke semasa.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Kelantan
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29

4. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19

6. PEMBANTU OPERASI GRED N11

7. PENGHANTAR NOTIS GRED N11


Cara Memohon:

1. 1. Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA89) yang diperolehi melalui pautan ini https://spa9.spa.gov.my/login

2. Sila rujuk PANDUAN PENGGUNA bagi membuat permohonan ini. (link admin ada sediakan di bawah)


Umur:

Calon-calon lantikan adalah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan.


Catatan Am:

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Sebarang pemberitahuan mengenai urusan seterusnya termasuk temuduga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan Semakan Melalui Laman Web Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan serta emel. Tiada surat akan dihantar.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian : 09-7485089. (Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan)


Semua kekosongan jawatan adalah di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPNK) seluruh negera. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2022 hingga 28 Mac 2022 (Isnin)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Kelantan

Post a Comment