Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 28 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK (GRED E29)

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji Permulaan ialah pada Gred E29 : RM 1,493.00); atau

(iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,493.00); dan

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E29 : RM1,770.95) dan

v) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

vi) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma dalam bidang Statistik.


2. PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PENULIS

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57).

d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penyuntingan artikel.

e) Memperolehi sekurang-kurangnya Gred A dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

f) Kemahiran dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Mandarin adalah satu kelebihan.

g) Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum.


*Sila rujuk iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2022 (Isnin)




Post a Comment