Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak - 9 Mac 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Sejarah UiTM Perak

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan setor.

Disamping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar iaitu pada Januari 1985 yang mengikuti Kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Manakala kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan bukan akademik.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak Kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 1 Januari 1997 kampus Seri Iskandar telah mula digunakan dengan menempatkan seramai 786 orang pelajar daripada FSPU.

Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempunakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mewakili Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong di Perak

Jawatan:

1. PUSTAKAWAN S41

2. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

4. PEMBANTU OPERASI N11 


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.

5. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.


Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Mac 2022 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

Post a Comment