Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) - 20 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Latar Belakang

Tahun 1888, Industri Nanas mula dibawa masuk ke Malaysia oleh orang Eropah di Singapura. Tahun 1921 tanaman nanas telah berkembang dengan pesat di selatan Johor seiring dengan perkembangan industri getah. Nanas ditanam di ladang-ladang getah secara selingan. Keluasan tanaman nanas sehingga 1921 adalah 16,000 ekar di Johor, 2000 ekar di Singapura dan 4,000 ekar di Selangor.

Pada tahun 1931, kawasan tanaman nanas telah meningkat kepada 52,000 ekar dan bertambah kepada 70,000 ekar dalam tahun 1936. Nanas pada ketika itu ditanam sebagai tanaman kontan dengan kepadatan tanaman 3,000 hingga 3,400 pokok per ekar dan diusahakan secara kelompok, namun demikian di Johor ianya diusahakan secara perladangan kontrak melalui sistem pawah. Kemelesetan industri getah pada tahun 1931 telah menjejaskan perkembangan tanaman nanas. Sejurus itu corak tanam nanas telah bertukar kepada tanaman tunggal, memandangkan pada ketika itu industri nanas memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19 - 2 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas mengumpul data, menganalisis maklumat dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan.


Keutamaan Calon:
  • Berkebolehan dalam mengendalikan komputer (Microsoft Word, Microsoft Excel & Microsoft Powerpoint).
  • Berkebolehan bekerja dengan pengawasan minimum.
  • Berkemahiran dalam pelbagai bidang.
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

Cara Memohon:

Borang Permohonan boleh dimuat turun dilaman web LPNM (www.mpib.gov.my). link ada disediakan di bawah

Borang Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sesalinan sijil yang telah disahkan dan dikepilkan serta disusun mengikut turutan:
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan lesen memandu (kelas pemandu dan tarikh tamat tempoh)
  • Salinan sijil tamat persekolahan
  • Salinan kelayakan akademik
Pemohon dikehendaki menulis/menyatakan KONTRAK PROGRAM REZEKI TANI pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan tutup hendaklah menganggap tidak berjaya dan tiada makluman bersurat/lisan dikeluarkan.

Segala perbelanjaan untuk urusan permohonan dan temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA
81200 Johor Bahru, Johor.
(u.p. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 20hb April 2022 (Rabu)



Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor


Post a Comment