Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 28 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Latar Belakang

Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 1 Januari 1896. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula bermula pada tahun 1933 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950, Pada April 1977, Majlis Bandaran Johor bahru dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Johor Bahru (Town Council) dan seterusnya memperoleh status sebuah banda raya pada 1 Januari 1994.

Sehingga kini, MBJB telah memperolehi beberapa pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan hingga prestasinya yang sentiasa menepati kehendak kerajaan dan rakyat meletakkan MBJB sebagai antara dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik daripada 149 PBT di Malaysia dengan penarafan 5 Bintang SPB-PBT yang diterima pada tahun 2013.

Bandar raya Johor Bahru sedang melalui transformasi pembangunan ekonomi yang pesat dimana ia juga telah dikenalpasti sebagai salah sebuah bandar raya berdaya saing selain Kuala Lumpur, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Penubuhan Wilayah Iskandar (IM), telah memberikan pelbagai faedah pembangunan terutamanya dalam konteks keyakinan pelabur dalam dan luar Negara untuk melaksanakn pelbagai pelaburan berimpak tinggi di bandaraya ini.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. PEGAWAI PERTANIAN PERTANIAN G41

2. ARKITEK LANDSKAP KEJURUTERAAN J41

3. PENOLONG AKAUNTAN KEWANGAN W29

4. PENOLONG PUSTAKAWAN SOSIAL S29

5. PEMBANTU PUSTAKAWAN SOSIAL S19

6. PENGAWAL KESELAMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM KP11

7. PEMBANTU OPERASI N11


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 April 2022

(d) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumen-dokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru.

(e) Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
BUKIT SENYUM
80300 JOHOR BAHRU

(f) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my. 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 April 2022 (Khamis)


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor


Post a Comment