Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) - 22 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Pengenalan

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. SPPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Sebagai sebuah Badan Berkanun, SPPP bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. Tanggungjawab yang dijalankan oleh SPPP sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 adalah untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping mempertingkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan.

Pelabuhan Pulau Pinang yang ditadbir oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am. [Sumber]
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pulau Pinang
Jawatan:

1. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11


Syarat lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00);

d) dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


*Sila baca arahan lengkap maklumat perjawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 April 2022 (Jumaat)


Post a Comment