Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) - 20 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

Latar Belakang

Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kota Tinggi dikenali sebagai Lembaga Bandaran di mana sebahagian Pentadbiran adalah di bawah pentadbiran Pihak Kerajaan. Pada 01 April 1961, Lembaga Bandaran telah ditukar kepada Majlis Bandaran di mana keseluruhan pentadbiran menjadi Badan Berkanun dan Kewangan Berautonomi serta mendapat bantuan pemberian dari Kerajaan Negeri.

Pada 01 Januari 1977, Majlis Daerah Kota Tinggi melalui penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Malaysia Barat dengan menyatukan beberapa buah Penguasa Tempatan mengikut kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 untuk diterbitkan dalam satu Lembaga Pengurus.
Like Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas  - Kerja Kosong Negeri Johor
Jawatan:

1. JURUTERA J41


Syarat Lantikan:

(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera dan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29/30, AB36, AB38 dan AB40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan ( i)(c); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia / Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(b) Had umur pelantikan :

(i) berumur kurang daripada dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.


Cara Memohon:

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskhah atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.

(ii) Permohonan mestilah disertakan dengan:-

a) Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Sijil-sijil Akademik
c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah
d) Salinan Lesen Memandu (jika berkaitan)
e) Gambar warna berukuran passport
f) Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah); dan


Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2022 (Rabu)

Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Johor


Post a Comment