Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak - 17 April 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak

Sejarah UiTM Perak

Institut Teknologi MARA telah dirasmikan penubuhannya pada 1 Januari 1985 oleh YAB Tan Sri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak. Kampus Cawangan ini merupakan kampus yang kelapan daripada 12 buah kampus ITM di seluruh negara termasuk kampus induk di Shah Alam.

Penubuhan Kampus ini telah dijalankan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah menyewakan beberapa buah rumah kedai serta rumah teres kepada ITM Perak sebagai kampus sementara di Bandar Baru Seri Manjung yang terletak lebih kurang 86km ke Barat Bandaraya Ipoh.

Di awal penubuhannya kampus ini terdiri daripada 6 unit bangunan rumah kedai dua tingkat dan ditambah dari masa ke semasa hingga menjadi 15 unit sebagai pejabat pentadbiran, bilik-bilik kuliah, asrama siswi, perpustakaan, surau, dewan makan dan setor.

Disamping itu sebanyak 31 unit rumah teres setingkat telah disewa sebagai asrama bagi penempatan siswa. Pengambilan pertama seramai 200 orang pelajar iaitu pada Januari 1985 yang mengikuti Kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Sains Kesetiausahaan. Manakala kakitangan perintis pula seramai 21 orang kakitangan akademik dan 45 orang kakitangan bukan akademik.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan kemudahan dan bersesuaian dengan sebuah pusat pengajian tinggi, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan kawasan seluas 285.5 ekar di Bandar Baru Seri Iskandar sebagai tapak Kampus tetap ITM Cawangan Perak. Kerja-kerja awal fasa 1 Kampus fasa 1 Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) dan bangunan asrama telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak pada 3 April 1995. Pada 1 Januari 1997 kampus Seri Iskandar telah mula digunakan dengan menempatkan seramai 786 orang pelajar daripada FSPU.

Pada 21 Julai 1998 majlis perasmian Kampus Seri Iskandar telah disempunakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, mewakili Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong di Perak

Jawatan:

1. PENOLONG PENDAFTAR (KOKURIKULUM) N41


Syarat kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43). dan (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000


Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2022 (Ahad)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

Post a Comment