Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) - 15 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)

Latar Belakang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1950 di bawah satu peraturan yang dinamakan peraturan Majlis Ugama 1950 bertujuan mengendalikan hal ehwal masyarakat Islam di Negeri Sembilan.

Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kerajaan telah meminda peraturan Majlis Ugama 1950 kepada Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Kemudian dipinda lagi kepada Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak 1960 yang kemudiannya dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Seterusnya mulai 1hb Mac 2004, mula dikuatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dan enakmen sebelumnya adalah terbatal.

Jabatan ini menguatkuasakan enakmen-enakmen lain termasuklah Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003,Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003.

Berasaskan cadangan yang dikemukakan oleh Y.B Tuan Pegawai Kewangan Negeri Encik Harun bin Baba semasa beliau memangku jawatan Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini dalam tahun 1976 yang lalu, sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah terletak di atas sebidang tanah seluas 1 ½ ekar, di atas bukit berhampiran dengan bangunan-bangunan Masjid Negeri di sebelah selatan, Dewan Undangan di sebelah barat dan Felda di sebelah Utara, menghala ke Jalan Lister dan Taman Tasik Seremban, maka terdirilah bangunan baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Sembilan dan dirasmikan pembukaan oleh DYMM Tuanku Ja'afar  Al-Haj Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pada tanggal 10 Syawal 1400 Hijrah bersamaan 21 Ogos 1980.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Sembilan
Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) - 10 Kekosongan (semua daerah di Negeri Sembilan)

Taraf jawatan: Sambilan (3 bulan)
Kadar upah: RM54.00 sehari
Penempatan: Semua daerah di Negeri Sembilan (10 kekosongan)
Waktu bekerja: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi –5.00 petang)


Deskripsi Tugas:

1. Bertanggungjawab memasukkan data perkahwinan, perceraian dan ruju’ bermula daripada  seawal tahun 1940an.

2. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan


Syarat Permohonan:

1.Warganegara Malaysia; (Keutamaan Anak Negeri Sembilan)

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30tahun

3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta: 

(a) Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu
(b) Lulus dengan kepujian Pendidikan Islam/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah, dan
(c) Mahir dalam pembacaan dan penulisan Jawi

4.Mahir menggunakan komputer

5.Bersedia untuk bekerja di luar waktu pejabat

6.Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum


Cara Memohon:

Sila kemukakan Resume bergambar dan sijil-sijil berkaitan sebelum atau pada 15 Jun 2022 sebelum jam 5.00 petang ke alamat berikut:

UNIT SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHDIMAT PENGURUSAN
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
BANGUNAN MPS LAMA, JALAN YAM TUAN
70000 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temu duga


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2022 (Rabu)




Post a Comment