Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) - 22 Mei 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jawatan Kosong 2021 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Peranan JPNIN
  • Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
  • Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional
  • Mewujudkan keharmonian negara
  • Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
  • Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:


1. PEMBANGUNAN MASYARAKAT - Personal MyStep 

Jabatan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
Tempat : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi, Nasional Negeri Selangor, Tingkat 9, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40517 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kekosongan : Satu (1)
Kadar Upah : RM1,800.00 sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP dan PERKESO


Deskripsi Tugas: 

a) Membantu pemantauan Rumah Ibadat Selain Islam (RISI);

b) Mengenal pasti isu berkaitan hal ehwal agama di media cetak dan media sosial pelbagai bahasa;

c) Menterjemah berita dan isu hal ehwal agama yang berbangkit di media cetak dan media yang berbahasa Cina atau Tamil kepada Bahasa Melayu;

d) Mengumpul dan menganalisis data berkaitan isu agama mengikut kluster;

e) Mampu bekerja dalam keadaan yang mendesak dan berkeupayaan untuk menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang ditetapkan; dan

f) Bersedia untuk bertugas di lapangan dari semasa ke semasa


Cara Memohon:

Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):

a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan

b) Salinan sijil SPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda serta sijil lain yang berkaitan;

c) Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19; dan

d) Salinan Kad Pengenalan

Dokumen hendaklah dimasukkan dalam sampul surat dan dicatatkan PERSONEL MYSTEP disebelah atas kiri sampul dan dikemukakan kepada:

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
Tingkat 9, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40517 Shah Alam
 Selangor Darul Ehsan
(u.p : Puan Raja Nor Azah binti Raja Iskandar Shah)

Permohonan juga boleh dikemukakan melalui emel ke raja.norazah @perpaduan.gov.my


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mei 2022 (Ahad)



Post a Comment