Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 16 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERANCANG BAHASA S41 (PERSONEL MySTEP)

Bilangan Kekosongan : 1
Gaji : RM2,000.00

Kelayakan : Setaraf Ijazah Sarjana Muda

Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa atau Persuratan Melayu.

Berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan penerbitan (penulisan dan penyuntingan) adalah digalakkan untuk memohon.

Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Penempatan : DBP Ibu Pejabat


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (PERSONEL MySTEP)

Bilangan Kekosongan : 2
Gaji : RM1,800.00

Kelayakan : Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Penempatan : DBP Hulu Kelang


Cara Memohon:

i. Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi epengambilan.dbp.gov.my

ii. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya dan segala keputusan dalam urusan ini muktamad.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Jun 2022 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Post a Comment