Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 10 Jun 2022

Jawatan Kosong 2022 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Jawatan Kosong 2022 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PERSONAL MYSTEP

KADAR UPAH : RM 1,400.00 – RM 2,000.00 SEBULAN
KEMUDAHAN : CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP & PERKESO


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun ke atas.

3. Individu yang memiliki Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa / Bahasa / Ekonomi atau yang berkaitan dengannya amat digalakkan.

4. Berpengalaman dalam menjalankan penyelidikan dan latihan adalah satu kelebihan.

5. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.

6. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

7. Berfikiran kreatif dan inovatif.

8. Calon yang telah lengkap dos vaksinasi COVID-19 amat digalakkan.


Cara Memohon:

Sila kemukakan softcopy resume terkini, gambar berukuran pasport terkini, kad pengenalan, sijil
pelajaran / sijil tamat pengajian dan transkrip akademik ke emel yang berikut:

vacancy@idfr.gov.my

Tel: 603 – 2149 1000
Fax: 603 – 2144 2529

Permohonan yang dihantar hendaklah ditulis “Personel MySTEP IDFR 2022” pada tajuk emel.

(Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan)


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2022 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah